Apa itu Lampin Kain Moden @ Cloth Diaper?

Lampin kain moden semakin mendapat tempat di hati kaum ibu masa kini terutamanya kaum ibu yang mementingkan penjimatan dalam perbelanjaan harian mereka. Ramai kaum ibu mula bertukar kepada lampin kain sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun terdapat juga kaum ibu yang belum mengetahui apa itu lampin kain.


Apa itu lampin kain moden?

Lampin kain masa kini bukan lagi seperti lampin kain zaman 80-an dahulu sebaliknya lampin kain kini telah dipermodenkan dengan cara penggunaan yang lebih mudah. Lampin kain moden atau lebih dikenali sebagai Cloth Diaper (CD) berfungsi seakan-akan lampin pakai buang tetapi kelebihannya adalah ianya boleh dicuci dan dipakai semula berulang kali!


Kenapa CD perlu menjadi pilihan utama masa kini?




1. Membantu menjaga alam sekitar.

Umum mengetahui lampin pakai buang yang dibuang setiap hari adalah sukar untuk dilupuskan. Keadaan ini akan mencemarkan alam sekitar kita dengan longgokan lampin pakai buang yang tidak akan berkurangan. Dengan menggunakan CD, kita membantu menjaga alam sekitar dengan mengurangkan pembuangan lampin pakai buang. CD ternyata lampin yang bersifat mesra alam.


2. Lebih mesra bayi

Lampin kain tidak menyebabkan ruam kepada para bayi seperti sesetengah lampin pakai buang di pasaran. Keadaan ini memberikan keselesaan kepada bayi sepanjang hari.


3. Menjimatkan kos

Walaupun harga sekeping kain lampin kain moden ini lebih mahal berbanding sekeping lampin pakai buang, namun kelebihannya adalah sekeping kain lampin kain ini boleh dipakai berulang kali dengan jangka hayat setiap satunya sehingga 3 tahun dan mungkin lebih jika betul cara penjagaannya.

Contoh kos penggunaan kedua-dua jenis lampin:

~ Kos penggunaan lampin pakai buang

2 bulan pertama: 6pcs x RM0.80 x 60 hari = RM288
10 bulan seterusnya: 5pcs x RM0.80 x 30 hari x 10 bulan = RM1,200
Jumlah Penggunaan setahun: RM288 + RM 1,200 = RM1,488

2 tahun berikutnya: 5pcs x RM0.80 X 365 hari x 2 tahun = RM2,920
Jumlah penggunaan 3 tahun: RM1,488 + RM2,920 = RM4,408


~ Kos penggunaan lampin kain moden

Purata penggunaan lampin kain moden sehari semalam adalah lebih kurang 5-6 keping.
Untuk seorang anak disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 keping lampin kain untuk cucian setiap 2-3 hari sekali.
20 keping CD: 20pcs x RM20 (harga paling rendah) = RM400

Dengan nilai lebih kurang RM400 sahaja, 20 keping lampin kain ini boleh dipakai berulang kali sehingga hampir 3 tahun dan lebih.

Untuk ibu bapa yang mempunyai kekangan masa untuk mencuci boleh menyediakan sekurang-kurangnya stok lampin kain ini untuk seminggu penggunaan dan hanya perlu mencucinya pada hujung minggu sahaja.

Kos lampin kain untuk seminggu:
6 keping sehari x 7 hari x RM20 = RM840



Jimat bukan? Jadi apa tunggu lagi, mari bertukar kepada lampin kain moden sekarang dan jadilah sebahagian ibu yang membantu menyelamatkan alam sekitar dan membantu penjimatan dalam perbelanjaan harian kita!

www.myluvly-baby.blogspot.com